30/06/2012

Sekapur Sirih

Sekapur Sirih
****************************************************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum w.t.b. dan Salam Sejahtera...
Syukur saya ke hadrat Allah S.W.T. Terima Kasih saya atas kesempatan ini bagi merakamkan ucapan sekapur sireh seulas pinang sempena pelancaran Blog SMK Sijangkang Jaya ini.
Dengan kelahiran Blog ini, hendaknya dilihat sebagai pemangkin kepada komunikasi yang segera dan cepat dalam pemerimaan dan penyebaran khususnya kominiti sekolah dan komuniti setempat secara amnya
Oleh kerana kita sering terbelenggu kepada penyegeraan maklumat samaada dari segi pemerimaan dan penyebaran, langkah yang tepat perlu diambil dan dimulakan dengan tidak membiarkan alasan yang pelbagai sebagai duri dalam daging.
Langkah Unit Teknologi Maklumat SMKSJ mengambil insiatif membangunkan Blog ini, dilihat sebagai penyediaan lebuhraya maklumat yang dapat dilandasi secara pantas dan berkesan adalah tepat pada masanya.
Saya sangat berharap agar kelahiran Blog ini dapat dimanfaatkan secara maksimum oleh warga sekolah dan komuniti setempat sekaligus memenuhi hasrat dan aspirasi sekolah menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Unit Teknologi Maklumat SMKSJ khususnya dan semua warga Sekolah dan komuniti setempat amnya yang telah berusaha mencetus gelombang baru, yang saya yakin mampu melakar sejarah kepantasan pengaliran maklumat secara efektif.
Sekian, wassalam.

“BEKERJA ADALAH IBADAH”
“GURU MENGAJAR MURID BELAJAR”
GURU CEMERLANG, MURID GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG

No comments:

Post a Comment