30/06/2012

Maklumat Sekolah

Sejarah Sekolah

Pertengahan tahun 90an
Timbul hasrat untuk menubuhkan sekolah di kawasan Sijangkang dan Kg Medan.

Tahun 1998
Kerja-kerja pembangunan sekolah dimulakan.

02 Januari 2001

Sekolah beroperasi secara rasmi dengan menumpang di SK Sijangkang Jaya. Menerima 264 pelajar tingkatan 1 yang ditempatkan di dalam 8 kelas. Tn Hj Safian Hj Ismail sebagai Pengetua pertama dan En Yusri b Dahrumi (Penolong Kanan Pentadbiran) ,En Zulkifli Mohamad (Penolong Kanan HEM), 19 orang guru dan 3 kakitangan sokongan. Warga SMKSJ di tempatkan di SK Sijangkang Jaya selama 1 1/2 tahun.

06 Jun 2002

Berpindah ke bangunan sendiri yang dibina di sebuah kawasan seluas 8.2 ekar dan mengandungi 2 blok 4 tingkat, 2 blok 3 tingkat, 1 blok kantin dan sebuah bengkel Sains Pertanian. Bermula tahun 2005 SMKSJ telah dijadikan sekolah 2 sesi.
Jan 2007
Sesuai dengan jumlah pelajar yang semakin ramai, SMKSJ telah menerima 2 unit kelas kabin untuk dijadikan kelas Pengajaran dan Pembelajaran.

Mac 2012
Pihak sekolah dangan kerjasama PIBG dan pusat zakat selangor telah berjaya mewujudkan surau sekolah dangan perbelanjaan sebanyak RM 300 000. Pihak sekolah bercadang agar sekolah dapat mendirikan blok bilik darjah dan blok makmal komputer untuk menampung pertambahan pelajar dan meningkatkan mutu pendidikan sekolah.




Visi Sekolah

"SMKSJ UNGGUL, PENJANA GENERASI TERBILANG"

 
Misi Sekolah
  1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Menggalakkan semua pelajar mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk meminimumkan kes-kes disiplin ke arah matlamat salah laku SIFAR.
  4. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti bergotong-royong dan persekitaran yang dapat mewujudkan suasana yang kondusif, ceria, dan mesra alam.
  5. Melaksanakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan mesra pelanggan.
  6. Mengadakan pemuafakatan komuniti dan keselamatan serta  kesejahteraan seluruh warga sekolah.


 Moto Sekolah

"BERILMU, BERAKHLAK, BERTAQWA"

No comments:

Post a Comment