30/06/2012

Falsafah Pendidikan Sekolah

Falsafah Pendidikan Sekolah

Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya adalah usaha yang menyokong gagasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk   melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Adalah diharapkan usaha ini dapat merealisasikan matlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pendidikan Khas

Teknik & Vokasional

Kemanusiaan

Sains & Matematik

Bidang Bahasa

Guru Kanan

Guru Cemerlang

Penolong Kanan

Pentadbiran















 



Lagu Sekolah

Lagu Sekolah


Kami berikrar jadi rakyat berguna
Demi maruah, agama dan negara
Saling membantu untuk mencapai cita
Sekolah tercinta
Rukun Negara dijadikan panduan
Rukun Islam jadi teras pegangan
Didikan guru kami amal dan kenang
Restu masa depan
Majulah SMK Sijangkang Jaya
Masyhurlah selamanya
Berilmu, Berakhlak dan Bertaqwa
Menuju ke puncak jaya
Bermulanya kami di sini
Meniti jalan hidup bakti
Di akhir menjadi mulia
Putera puteri sejati

Bendera Sekolah

Bendera Sekolah


  • Warna biru melambangkan ketenangankesabaran dan keharmonian
  • Warna biru tua melambangkan keteguhan dan iltizam
  • Tiga jalur putih membawa maksud kebersihan jiwa yang mendukung peribadi pelajar yang berteraskan 3 aspek yang menjadi motto sekolah “BERILMU, BERAKHLAK, BERTAKWA”.

Logo & Bendera Sekolah

Logo Sekolah


  • Warna biru melambangkan ketenangan, kesabaran dan keharmonian
  • Warna biru tua melambangkan keteguhan dan iltizam
  • Warna merah melambangkan ketabahan dan keberanian
  • Warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan
  • Tiga jalur putih melambangkan kesepaduan tiga kaum dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah
  • Buku melambangkan sumber ilmu
  • Ombak laut melambangkan betapa luasnya ilmu yang harus diterokai oleh para pelajar dan ini memerlukan tahap kesabaran dan kesungguhan yang tinggi


Bendera Sekolah


  • Warna biru melambangkan ketenangankesabaran dan keharmonian
  • Warna biru tua melambangkan keteguhan dan iltizam
  • Tiga jalur putih membawa maksud kebersihan jiwa yang mendukung peribadi pelajar yang berteraskan 3 aspek yang menjadi motto sekolah “BERILMU, BERAKHLAK, BERTAKWA”.

Piagam Sekolah

Piagam Sekolah

  1. Memberi layanan yang terbaik, adil dan saksama kepada semua     individu yang berurusan dengan sekolah.
  2. Memenuhi hasrat dan jangkaan ibu bapa dan penjaga yang mengharapkan  anak jagaan mereka menamatkan persekolahan   dengan jayanya.
  3. Berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perancangan   yang dibuat oleh:
    • Kementerian Pelajaran Malaysia,
    • Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,
    • Pejabat Pelajaran Daerah, agar visi dan misi yang dikehendaki tercapai.

Moto

Moto Sekolah

"BERILMU, BERAKHLAK, BERTAQWA"

Misi

Misi Sekolah
  1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Menggalakkan semua pelajar mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk meminimumkan kes-kes disiplin ke arah matlamat salah laku SIFAR.
  4. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti bergotong-royong dan persekitaran yang dapat mewujudkan suasana yang kondusif, ceria, dan mesra alam.
  5. Melaksanakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan mesra pelanggan.
  6. Mengadakan pemuafakatan komuniti dan keselamatan serta  kesejahteraan seluruh warga sekolah.

Visi

Visi Sekolah

"SMKSJ UNGGUL, PENJANA GENERASI TERBILANG"

Maklumat Sekolah

Sejarah Sekolah

Pertengahan tahun 90an
Timbul hasrat untuk menubuhkan sekolah di kawasan Sijangkang dan Kg Medan.

Tahun 1998
Kerja-kerja pembangunan sekolah dimulakan.

02 Januari 2001

Sekolah beroperasi secara rasmi dengan menumpang di SK Sijangkang Jaya. Menerima 264 pelajar tingkatan 1 yang ditempatkan di dalam 8 kelas. Tn Hj Safian Hj Ismail sebagai Pengetua pertama dan En Yusri b Dahrumi (Penolong Kanan Pentadbiran) ,En Zulkifli Mohamad (Penolong Kanan HEM), 19 orang guru dan 3 kakitangan sokongan. Warga SMKSJ di tempatkan di SK Sijangkang Jaya selama 1 1/2 tahun.

06 Jun 2002

Berpindah ke bangunan sendiri yang dibina di sebuah kawasan seluas 8.2 ekar dan mengandungi 2 blok 4 tingkat, 2 blok 3 tingkat, 1 blok kantin dan sebuah bengkel Sains Pertanian. Bermula tahun 2005 SMKSJ telah dijadikan sekolah 2 sesi.
Jan 2007
Sesuai dengan jumlah pelajar yang semakin ramai, SMKSJ telah menerima 2 unit kelas kabin untuk dijadikan kelas Pengajaran dan Pembelajaran.

Mac 2012
Pihak sekolah dangan kerjasama PIBG dan pusat zakat selangor telah berjaya mewujudkan surau sekolah dangan perbelanjaan sebanyak RM 300 000. Pihak sekolah bercadang agar sekolah dapat mendirikan blok bilik darjah dan blok makmal komputer untuk menampung pertambahan pelajar dan meningkatkan mutu pendidikan sekolah.




Visi Sekolah

"SMKSJ UNGGUL, PENJANA GENERASI TERBILANG"

 
Misi Sekolah
  1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Menggalakkan semua pelajar mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk meminimumkan kes-kes disiplin ke arah matlamat salah laku SIFAR.
  4. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti bergotong-royong dan persekitaran yang dapat mewujudkan suasana yang kondusif, ceria, dan mesra alam.
  5. Melaksanakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan mesra pelanggan.
  6. Mengadakan pemuafakatan komuniti dan keselamatan serta  kesejahteraan seluruh warga sekolah.


 Moto Sekolah

"BERILMU, BERAKHLAK, BERTAQWA"

Sekapur Sirih

Sekapur Sirih
****************************************************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum w.t.b. dan Salam Sejahtera...
Syukur saya ke hadrat Allah S.W.T. Terima Kasih saya atas kesempatan ini bagi merakamkan ucapan sekapur sireh seulas pinang sempena pelancaran Blog SMK Sijangkang Jaya ini.
Dengan kelahiran Blog ini, hendaknya dilihat sebagai pemangkin kepada komunikasi yang segera dan cepat dalam pemerimaan dan penyebaran khususnya kominiti sekolah dan komuniti setempat secara amnya
Oleh kerana kita sering terbelenggu kepada penyegeraan maklumat samaada dari segi pemerimaan dan penyebaran, langkah yang tepat perlu diambil dan dimulakan dengan tidak membiarkan alasan yang pelbagai sebagai duri dalam daging.
Langkah Unit Teknologi Maklumat SMKSJ mengambil insiatif membangunkan Blog ini, dilihat sebagai penyediaan lebuhraya maklumat yang dapat dilandasi secara pantas dan berkesan adalah tepat pada masanya.
Saya sangat berharap agar kelahiran Blog ini dapat dimanfaatkan secara maksimum oleh warga sekolah dan komuniti setempat sekaligus memenuhi hasrat dan aspirasi sekolah menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Unit Teknologi Maklumat SMKSJ khususnya dan semua warga Sekolah dan komuniti setempat amnya yang telah berusaha mencetus gelombang baru, yang saya yakin mampu melakar sejarah kepantasan pengaliran maklumat secara efektif.
Sekian, wassalam.

“BEKERJA ADALAH IBADAH”
“GURU MENGAJAR MURID BELAJAR”
GURU CEMERLANG, MURID GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG